KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini.
Ketidakhadiran Ahli Parlimen Pekan dan Bagan Datuk itu disahkan oleh ketua pembangkang baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.