Cadang wujud industri makanan negara secepat mungkin

Iklan
Mohamad Yusrizal (dua,kanan) dan Ketua Pemuda UMNO Alor Setar,Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri (tiga, kanan) melakukan pemantauan harga bersama Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di Pasar Kampung Berjaya, di sini, pada Jumaat.

ALOR SETAR - Industri makanan negara perlu diwujudkan secepat mungkin untuk memastikan kenaikan harga dapat dikawal dan bekalan makanan tidak terjejas khususnya ketika pandemik Covid-19.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pengguna terpaksa menanggung harga bahan mentah yang membebankan meskipun memiliki pendapatan tidak stabil akibat kebergantungan kepada komoditi bahan mentah.

Iklan
Iklan

Mohamad Yusrizal berkata, pihaknya telah lama mencadangkan kepada kerajaan supaya Malaysia memiliki industri sumber makanan tersendiri.

"Dengan ini, kita menanam sayur-sayuran seperti bawang dan kubis sendiri dengan memiliki hasil tanaman sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah.

Iklan

"Bagaimanapun, banyak sayur-sayuran yang terpaksa diimport, malah racun, baja serta dedak haiwan juga diambil dari luar negara ketika ini hingga mengakibatkan berlaku kenaikan harga kerana ada negara tertentu yang memonopoli bahan ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga bersama Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di Pasar Kampung Berjaya, di sini, pada Jumaat.

"Diharap ia disegerakan memandangkan telah lama rakyat menderita dengan isu harga barang. Jadi, kita perlu ada hala tuju dengan industri makanan sendiri," katanya.

Iklan

Mohamad Yusrizal memaklumkan, petani dan penternak mengadu kenaikan harga barangan berkenaan sehingga 200 peratus pada awal tahun, yang mana akhirnya kesannya dirasai pengguna ketika ini.

Menurutnya, kenaikan juga berlaku disebabkan ada pemborong yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan ketika pandemik Covid-19, sekali gus diharapkan pihak berwajib melakukan pemantauan bagi memastikan ia tidak berlarutan.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Yusrizal berkata, pihaknya mendapati harga bawang, daging dan ayam turut mengalami kenaikan dalam pemantauan pada Jumaat.

"Misalnya, ayam naik 10 peratus daripada RM8.50 pada Oktober kepada RM9.50 setakat Jumaat, yang mana ia kenaikan mendadak," katanya.

Beliau berkata, hampir semua jenis sayur-sayuran naik harga bermula dengan kubis dan peria yang merupakan makanan asas pengguna telah naik 10 hingga 20 peratus," katanya.

Tambahnya, pihaknya menjangkakan harga barangan terus naik dari awal tahun, pertengahan sehingga hujung tahun depan disebabkan permintaan pengguna yang tinggi selepas industri makanan dibuka.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Alor Setar,Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa mengadakan perbincangan kepada negara pengeluar bagi mengatasi kenaikan kos penanaman mereka..

Beliau berkata, pemantauan berkala mesti dilaksanakan agar tindakan dapat diambil terhadap mana-mana pengeluar yang sewenang-wenangnya menaikkan harga tanpa asal serta membebankan pengguna.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia itu berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu segera memainkan peranan untuk mengawal harga barangan mentah dengan menguatkuasakan Akta kawalan Harga dan Akta Anti Pencatutan.

Tambah beliau, pihaknya senada dengan pendapat Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan benar benar menetapkan hala tuju ‘Dasar Jaminan Makanan Negara’ agar kebergantungan kepada barangan asas import dapat diminimakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenaikan harga barangan asas mungkin sebab musim tengkujuh

ARTIKEL BERKAITAN: Bawang turut dikesan naik harga