Arab Saudi benar kemasukan pengembara dari enam negara

Iklan
Arab Saudi. - Foto AA

RIYADH - Arab Saudi bakal membenarkan kemasukan pengembara dari enam negara termasuk Indonesia dan India tanpa perlu menjalani 14 hari kuarantin sebelum memasuki negara itu, bermula 1 Disember.

Negara lain yang turut dibenarkan ialah Mesir, Brazil, Vietnam dan Pakistan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA) memetik sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, prosedur kuarantin selama lima hari masih akan dikenakan kepada mereka tanpa mengira status imunisasi, kata sumber itu.

Semua prosedur dan langkah itu tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, berdasarkan perkembangan situasi epidemiologi tempatan dan global. - Bernama

Iklan
Iklan