Isu royalti petroleum: Kelantan terkejut kenyataan Tengku Zafrul

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri berkenaan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun sebarang tindakan lanjut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Kelantan memang terkejut. Pejabat Menteri Besar akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi. Kita pakat tunggu, harap semua dapat bersabar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali berjuang untuk royalti minyak Kelantan

Mohd Amar mengulas mengenai kenyataan Tengku Zafrul mengatakan Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Iklan

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Menurut Menteri Kewangan itu, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

Iklan

Kenyataan tersebut turut mendapat respon daripada badan bukan kerajaan (NGO) Royalti atau R.

Presiden R, Nazri Deraman dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan pihaknya akan kembali menuntut royalti berkenaan berdasarkan kepada fakta-fakta kukuh yang mereka ada sebelum ini.