Selangor umum bantuan khas satu setengah bulan gaji

Iklan

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) melibatkan pembayaran satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam di negeri tersebut menerusi Belanjawan Selangor 2022.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan itu yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM37.5 juta sebagai tanda penghargaan terhadap usaha serta komitmen penjawat awam yang berkorban tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, BKK pertama melibatkan pembayaran setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 sebelum ini telah disalurkan sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"BKK kedua iaitu satu bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 akan dibayar pada 29 Disember depan," katanya sewaktu membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Jumaat.

Iklan

Dalam perkembangan berlainan, Amirudin berkata, kerajaan negeri sedang membangunkan satu pelan pembangunan lima tahun (2022- 2026) bagi menumpukan usaha mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca-pandemik dan memacu agenda pembangunan di Selangor.

"Pelan pembangunan lima tahun negeri Selangor telah bermula sejak awal tahun 2021 yang melibatkan proses konsultasi dan libat urus pihak berkepentingan di peringkat negeri, persekutuan dan pihak swasta.

Iklan

"Pelan ini juga akan memainkan peranan sebagai dokumen strategik yang akan menyelaras agenda pembangunan negeri Selangor di semua peringkat termasuk Pejabat Tanah dan Daerah, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta di peringkat Persekutuan agar ia selari dengan dasar-dasar pembangunan negara," katanya.