SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah mengenalpasti jajaran kawasan seluas 242.81 hektar di pesisir sungai Klang bagi melaksanakan pembinaan projek berimpak tinggi bermula pada tahun hadapan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan projek itu akan dibangunkan dalam tempoh lapan hingga 10 tahun akan datang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Landasan Lumayan Sdn Bhd bakal melancarkan pembinaan 2,000 unit kediaman mampu milik dan 1,400 unit kediaman harga bebas dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1 bilion.
"Pembangunan lestari yang digarap melalui projek Selangor Maritime Gateway (SMG) tidak hanya menumpukan aspek ekonomi dan alam sekitar sebaliknya menitik beratkan faktor keselesaan rakyat terutama B40 dan M40," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, menjelang tahun 2030, pesisir Sungai Klang bakal menyaksikan pembangunan membabitkan 26,000 unit kediaman.
"Daripada jumlah itu, 50 peratus atau 13,000 unit melibatkan pembangunan kediaman mampu milik," katanya.
Artikel Berkaitan