A Aida puji pelakon rajin promosi

Iklan
Datuk A Aida

BERIKUT merupakan temu bual bersama penerbit Datuk A Aida terhadap perkembangan industri seni hari ini.

1.Selaku penerbit wanita bagaimanakah Aida melihat landskap perkembangan industri drama tempatan berbanding lima tahun lalu?

Iklan
Iklan

Sudah tentunya ada perkembangan yang positif, cuma dari segi peluang untuk para penerbit mendapat tawaran sudah berkurang berbanding tahun-tahun sudah.

Dahulu RTM merupakan tempat penerbit mencari peluang dan rezeki, tapi sekarang tak banyak peluang yang diberikan.

Iklan

2.Mungkin kalau tidak keberatan Aida boleh kongsikan mengapakah peluang sebegitu sudah berkurang?

Untuk lebih terperinci saya tak ada jawapan itu, secara peribadinya mungkin kerana keadaan ekonomi membuatkan peruntukan untuk industri kreatif antara asbab peluang berkenaan berkurang.

Iklan

Sungguhpun begitu, industri hiburan tempatan tetap ada kemajuan dengan penghasilan karya yang bermutu biarpun peluang untuk menerbitkan drama di stesen-stesen TV terhad.

3. Apakah pandangan Aida mengenai gandingan para pelakon lama dan baharu?

Pertama sekali, pelakon lama dan pelapis baharu hari ini saling melengkapi. Maksudnya, pelakon lama akan mencurahkan ilmu kepada pelakon-pelakon baharu. Begitu juga sebaliknya, pelakon baharu kena menggali ilmu pelakon lama.

Kedua pula, kebaikan dari segi promosi. Dengan pengambilan pelakon baharu sebagai gandingan dengan pelakon lama yang kuat, penonton akan tengok sesuatu yang fresh. Sekali gus ia dapat membantu pelakon baharu dikenali umum.

4.Dengan lambakan bakat baharu hari ini, bagaimanakah Aida mencari kekuatan seorang individu tersebut?

Sejujurnya memang susah dan terhad kalau nak mencari kekuatan setiap individu ini. Tambah pula bila mana nak mencari hero dan heroin, terhad. Yang ada nama jadual mereka sudah penuh. Oleh sebab itu bagusnya ada platform Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Saban tahun program ini mencungkil bakat-bakat baharu.

5. Apakah komen Aida mengenai pelakon atau pelapis baharu yang ada pengikut ramai di media sosial? Adakah ia menjadi tiket untuk dipilih sebagai pelakon sesebuah karya?

Secara peribadi bagi saya followers yang banyak tidak membantu pun, ini kerana ia sudah terbukti. Ada pelakon yang berjuta pengikutnya di media sosial, bahkan lakonan dalam filem dan dramanya tidak mendapat sambutan.

Bagi saya individu yang rajin mempromosi adalah lebih penting. Biarlah followers dia sikit tetapi kalau rajin share dengan kawan-kawan itu lebih bagus.

Malah penerbit akan bercakap dan memuji tindakan seseorang pelakon yang ada sikap membantu. Begitulah nak branding nama dan masyarakat akan tahu perkembangan pelakon berkenaan.

6. Sepanjang pembabitan sebagai penerbit wanita, apakah antara cabaran yang sudah Aida lewati?

Cabaran paling berat dihadapi apabila artis itu ada masalah. Sebagai contoh, pernah artis yang shoot dengan syarikat Aida, separuh jalan sahaja dia jatuh sakit. Rentetan itu saya terpaksa olah keseluruhan skrip.

Selain itu yang mungkin biasa anda dengar mengenai sikap pelakon. Contohnya dari segi pengurusan waktu, ada call time pukul 9 pagi, namun tidak muncul-muncul.

Bukan sahaja pelakon bermasalah tapi pengarah dan pengurus produksi pun sama. Kadang-kadang sekelip mata sahaja dia boleh memusnahkan perancangan yang sudah dibuat.

Sebagai contoh, dari segi pemilihan lokasi penggambaran nak shoot rumah orang kaya tapi pada hari kejadian macam kediaman orang pertengahan, jadi tak sesuailah.

7.Boleh Aida kongsikan perkembangan projek terkini?

Sekarang ini masih lagi dalam penggambaran drama bersiri Iktibar yang akan ditayangkan pada bulan puasa untuk TV3 yang menceritakan kisah iktibar yang diambil daripada pesalah-pesalah yang masuk penjara.

Antara barisan hebat menjayakan naskhah itu seperti Nabila Huda, Fouziah Gous, Shahz Jaszle dan ramai nama hebat lagi.Sejak adanya media sosial para pelakon hari ini dapat mempromosikan drama yang mereka bintangi sekali gus dapat menaikkan nama di persada seni industri hiburan tempatan. Sayangnya ada juga sesetengah artis yang tidak merebut peluang tersebut.