MEXICO CITY - MEXICO. Pesawat besar dan mewah yang digunakan untuk membawa bekas presiden Mexico ke seluruh dunia akan dijual di bawah langkah pertama dilakukan pengganti beliau sebagai cara menghapuskan 'simbol berlebihan' di negara itu.
"Kami akan menjual pesawat dan helikopter yang digunakan oleh ahli politik korup," kata Presiden Andres Manuel Lopez Obrador di hadapan penyokongnya di Xalapa, Veracruz.
Awal semalam, Menteri Kewangan, Carlos Urzua mengumumkan Boeing 787 Dreamliner itu akan bakal dijual tidak lama lagi.
"Jet presiden bernilai AS$218 juta (RM909 juta) yang diperoleh pada akhir 2012 itu adalah salah satu daripada 60 pesawat kerajaan yang akan dijual bersama 70 helikopter," jelasnya.
Petugas media turut dibawa melihat sendiri ruang dalaman luas pesawat terbabit yang turut dilengkapi bilik tidur presiden dan bilik mandi dihiasi marmar.
Difahamkan, ia akan diterbangkan ke Lapangan Victorville di selatan California atas cadangan Boeing untuk menunggu pemilik barunya. - AFP