Kondominium jadi pusat operasi judi dalam talian

Iklan
Lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang disyaki terlibat sindiket judi dalam talian di sebuah kondominium di Jalan Kuching.

KUALA LUMPUR - Seramai lima individu termasuk tiga wanita warga asing yang disyaki terlibat dengan sindiket judi dalam talian diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuching di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua mereka yang berusia 20 tahun hingga 27 tahun ditahan pada jam 4 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek terbabit berperanan sebagai penjaga premis dan operator panggilan di pusat judi itu.

"Siasatan awal mendapati kegiatan sindiket perjudian dalam talian yang aktif sejak bulan lalu itu berselindung di sebalik kondominium persendirian," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Tambah beliau, polis turut merampas satu unit komputer riba, empat unit pemprosesan komputer (CPU) pelbagai jenama, sembilan unit telefon bimbit pelbagai jenama, lima unit tetikus, satu modem dan serangkai kunci serta satu keping kad akses rumah," katanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen, 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206 atau Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul di talian 03-40482222," katanya.