Anwar tidak nafi atau sahkan dakwaan bakal bertanding di Johor

Iklan
Anwar (empat dari kanan) menerima borang keahlian Maszlee ( tiga dari kiri) di Dewan Kampung Baru Machap di sini pada Sabtu.

KLUANG - Presiden Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menafikan atau mengesahkan dakwaan akan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson bagaimanapun berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini masih terlalu awal, mungkin dakwaan ini timbul kerana saya datang ke Kluang dan Simpang Renggam. Saya tidak kata 'tidak' tapi saya tidak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima borang keahlian Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ke dalam PKR di Dewan Kampung Baru Machap sempena siri jelajah Presiden PKR ke Kluang dan Simpang Renggam pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.

Pada majlis sama, beliau menerima 500 borang keahlian baharu dan permohonan penubuhan 20 ranting baharu di Cabang Simpang Renggam.

Iklan

Sebelum itu, terdapat laporan menyatakan Anwar bakal bertanding di kerusi Tebrau, Segamat dan Batu Pahat yang menjadi milik parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 ( PRU14) namun kini penyandangnya tidak lagi bersama parti itu.

Anwar turut mengulas mengenai penyertaan Maszlee sebagai ahli PKR yang disifatkan cukup bermakna kerana mewakili golongan muda dalam parti itu.

Ditanya mengenai kerusi Parlimen Simpang Renggam sama ada kekal atau sebaliknya kepada Maszlee, Anwar menjelaskan perkara itu masih belum dibincangkan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu mengambil kira prestasi Maslzee sebagai Menteri Pendidikan dan ahli Parlimen yang kerap turun padang.