Sterling masih perlu berusaha lebih gigih

Iklan
Sterling (kanan) ketika beraksi menentang PSG di Stadium Etihad, Manchester.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola memuji persembahan Raheem Sterling disifatkannya bertambah baik sejak kebelakangan ini, namun menegaskan pemain England itu boleh menjadi lebih baik sekiranya konsisten berusaha meraih tempat dalam skuad utama The Citizens.

"Adalah bagus untuk pemain sayap menjaringkan gol kemudian mendapatkan bantuan. Namun, dia tahu boleh melakukan lebih baik satu lawan satu, tetapi semua ini satu langkah untuk kembali ke prestasi terbaiknya.

Iklan
Iklan

"Ia tidak bergantung kepada kejayaan individu sebaliknya adalah pasukan apabila pengurus memberi anda peluang melakukan yang terbaik,” kata Guardiola menjelang perlawanan menentang West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Etihad pada Ahad.

Sterling beraksi dengan baik di Euro 2020 bersama The Three Lions, tetapi sebahagian besarnya bergelut mengekalkan konsistensi di peringkat kelab musim ini.

Iklan

Bagaimanapun, dia menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan sebelum ini, dengan jaringan penyamaan ketika menentang Paris St Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara.

Pada masa sama Guardiola bersimpati dengan para pemain England yang hampir tidak berehat sejak perlawanan akhir Euro 2020 pada Julai, namun menyifatkannya satu masalah yang perlu dilihat semula pada peringkat asas.

Iklan