LIVERPOOL meneruskan tekanan terhadap Chelsea apabila hanya dipisahkan satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas melakar kemenangan kelapan liga musim ini.
Tiga mata diraih anak buah Jurgen Klopp di Anfield setelah membelasah Southampton 4-0 sekali gus mengutip mata ke-28 liga selepas mengharungi 13 perlawanan lebih satu perlawanan dari Chelsea.
The Reds memulakan pesta gol bermula dengan jaringan seawal minit kedua Diogo Jota selepas tonggak Portugal itu menyudahkan hantaran Andy Robertson.
Jota kemudian melebar lagi jaringan The Reds selepas menerima hantaran Mohamed Salah untuk jaringan minit ke-32 untuk menjadikan keputusan 2-0.
Thiago Alcantara kemudian menjadikan kedudukan tuan rumah untuk mendahului babak pertama 3-0.
Bersambung babak kedua, anak buah Jurgen Klopp terus mengasak kubu lawan untuk menambah lagi jaringan, namun pertahanan The Saints yang lebih bersedia kali ini mengekang asakan.
Bagaimanapun gol dicari tuan rumah akhirnya berjaya dijelmakan hasil voli cantik daripada Virgil van Dijk pada minit ke-52.
KEPUTUSAN PENUH
Liverpool 4-0 Southampton
Diogo Jota 2', 32'
Thiago Alcântara 37'
Van Dijk 52'
Crystal Palace 1-2 Aston Villa
Targett 15'
McGinn 86'
Guéhi 95'
Norwich City 0-0 Wolverhampton