Tiket sehala ke London lebih murah berbanding ke Miri

Iklan
Foto hiasan

SHAH ALAM - Tiket penerbangan bagi perjalanan sehala dari Kuala Lumpur ke London, United Kingdom lebih murah berbanding penerbangan domestik ke Miri, Sarawak yang mencecah harga RM1,552.18 untuk seorang penumpang bagi tarikh 17 Disember 2021.

Sebaliknya, tinjauan Sinar Harian di sebuah portal syarikat penerbangan tempatan mendapati, tiket terendah bagi perjalanan sehala dari ibu kota ke London yang memakan masa antara 13 ke 14 jam pula berharga RM1,469 untuk seorang penumpang pada tarikh sama.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila rata-rata rakyat Malaysia terutamanya penduduk Sarawak tidak berpuas hati dengan lonjakan peningkatan harga tiket kapal terbang ke negeri Bumi Kenyalang itu yang terlalu tinggi berbanding hari biasa.

Pada Jumaat, seorang pengguna Twitter, @ruffleseed berkongsi harga tiket perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Miri mencecah RM10,792 bagi empat orang penumpang masing-masing melibatkan dua dewasa dan dua kanak-kanak.

Iklan

Menerusi perkongsian itu, harga tiket bagi dua orang dewasa pada 13 Disember 2021 ialah sebanyak RM3,183 dan jumlahnya juga sama bagi dua penumpang kanak-kanak.

Bagi penerbangan pulang pada 24 Disember, harga tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar ialah sekitar RM3,996 seorang.

Iklan

"#Keluarga Malaysia, KL-Miri pergi balik RM10,700,” ciapnya.