Beg pakaian disangka berisi bom cetus kebimbangan orang ramai

Iklan
Sebuah beg pakaian ditinggalkan di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal di Jalan Telawi Bangsar.- Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR - Sebuah beg pakaian ditinggalkan di tepi tong sampah berhampiran sebuah kedai basikal di Jalan Telawi Bangsar di sini menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana menyangka beg berkenaan berisi bom dalam kejadian petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan dilaksanakan oleh Unit Pengesan Bom IPK Kuala Lumpur serta Unit K9 PDRM mendapati tiada sebarang indikasi bom ditemui dalam beg tersebut.

Iklan
Iklan

"Polis menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 4.15 petang mengenai satu beg pakaian dalam keadaan sempurna di lokasi itu.

"Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan rakaman imej kaki suspek memakai seluar pendek dan separuh badan. Turut memaparkan suspek juga telah meletakkan sebuah beg bagasi di lokasi sebelum beredar," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Amihizam bagaimanapun mengesahkan beg pakaian tersebut didapati kosong.

Beliau juga menasihatkan kepada orang awam supaya tidak panik apabila menemukan sebarang objek dalam keadaan yang meragukan.

Iklan

"Orang awam turut diminta agar terus menyalurkan maklumat yang diperolehi kepada pihak berkuasa.

"Saksi awam di tempat kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan individu yang mungkin terlibat dalam insiden tersebut diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan," katanya.