Kerajaan sasar hapus miskin tegar menjelang 2025: Mustapa

Iklan
Mustapa.- Foto fail Bernama

TUMPAT - Kerajaan meletakkan sasaran untuk menghapuskan miskin tegar menjelang akhir tahun 2025.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan satu projek rintis akan dilaksana membabitkan penduduk miskin tegar di 50 lokaliti seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

"Pendekatan baharu ini secara bersepadu menggunakan pangkalan data melibatkan agensi pusat dan negeri.

"Kita lebih melihat kepada akar umbi, maknanya kalau 50 lokaliti kita pilih untuk perjuangkan agenda ini, mungkin akan terdapat 50 strategi berbeza mengikut keadaan kampung tertentu.

Iklan

"Apa yang penting dalam RMK12, hasrat kita menjelang tahun 2025, kita tak mahu lagi ada miskin tegar ini.

"Agenda seluruh dunia menjelang tahun 2030, tiada miskin tegar," kata Mustapa.

Iklan

Melalui projek rintis itu, bentuk program untuk mengeluarkan keluarga daripada garis kemiskinan tegar akan dilaksanakan mulai tahun depan.

Program bantuan juga berbeza di lokaliti serta bergantung kepada maklum balas agensi dan juga ketua kampung.

Sebagai contoh, jika melibatkan penduduk di kawasan pertanian, programnya menjurus ke arah pertanian sama ada melibatkan penanaman dan sebagainya.

Pada masa sama, kerajaan juga membuat keputusan untuk melaksanakan pemutihan semula data eKasih miskin tegar selepas keadaan Covid-19 stabil.

Rekod eKasih miskin tegar sebelum ini mencatatkan terdapat 290,000 orang miskin tegar dengan pendapatan isi rumah kurang RM1,200 sebulan di seluruh negara.

Namun data itu dilihat tidak tepat selepas menyaksikan ramai terkesan akibat pandemik Covid-19. - Awani