Sinar Harian raih empat anugerah Majlis Apresiasi Media Terengganu

Iklan
Para pemenang bergambar bersama Mohd Nor (tengah) pada Majlis Apresiasi Media Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Dua wartawan Sinar Harian meraih empat anugerah dalam Majlis Apresiasi Media Terengganu yang dianjurkan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), malam tadi.

Ketua Wartawan Sinar Harian Terengganu, Rahayu Mustafa meraih tempat pertama Berita Digital Pelancongan dan tempat ketiga bagi kategori Berita Digital Kebajikan sekali gus membawa pulang hadiah tunai berjumlah RM2,000.

Iklan
Iklan

Wartawan Norhaspida Yatim pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi Berita Digital Pelancongan terbaik dengan laporan bertajuk 6.5 juta Pelancong Menjelang 2025 dan tempat ketiga bagi kategori Video Terbaik Pelancongan.

Kemenangan itu membolehkan Norhaspida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500, trofi dan sijil penyertaan.

Iklan

Majlis yang diadakan secara dalam talian itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan penyampaian anugerah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.

Turut hadir, Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.

Iklan

Malam Apresiasi Media Terengganu yang julung kali diadakan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM105,000.

Sebanyak 60 penyertaan Media Perdana dan 56 penyertaan Media Digital membabitkan lima kategori termasuk Pelancongan, Kebajikan, Ekonomi dan Sukan.