JOHANNESBURG (Afrika Selatan) - Turki pada Sabtu membawa keluar rakyatnya dari Afrika Selatan menerusi penerbangan Turkish Airlines, berikutan penularan varian baharu Covid-19, Omicron.
Seramai 41 penumpang dibawa keluar dari dua bandar terbesar di Afrika Selatan iaitu Cape Town dan Johannesburg, diterbangkan ke Istanbul, kata seorang pegawai syarikat penerbangan kepada Agensi Anadolu.
Iklan
Iklan
Mereka akan menjalani kuarantin selama 14 hari tanpa mengira status vaksinasi.
Kedutaan Turki di Pretoria menerusi Twitter memaklumkan penerbangan Turkish Airlines itu adalah penerbangan terakhir dari Afrika Selatan ke Turki sehingga diberitahu kelak.
Turki pada Jumaat mengumumkan mengenakan sekatan perjalanan dari Afrika Selatan, Botswana, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe mulai 27 Nov susulan varian Omicron.