Potter kecewa Brighton terikat tanpa jaringan

Iklan
Aksi pemain Brighton (kanan) dan Leeds United pada perlawanan berkenaan. - foto

PENGENDALI Brighton Graham Potter mengakui kecewa apabila skuad kendaliannya itu sekadar terikat tanpa jaringan ketika berdepan Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Ahad.

Menurut Potter, biarpun mencipta beberapa peluang, namun jentera serangan skuad The Seagulls itu gagal menyempurnakannya kepada jaringan yang mungkin mengubah keputusan perlawanan.

Iklan
Iklan

"Keputusan seri ini sesuatu yang mengecewakan buat kami; namun ia adalah perkara yang sering berlaku dalam bola sepak.

"Kami mencipta peluang dan melakukan percubaan ke pintu gol lawan, namun semuanya gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

Iklan

"Oleh itu, banyak perkara yang perlu kami perbaiki khususnya mempertajamkan lagi jentera serangan kami untuk mengharungi perlawanan akan datang,” katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan Brighton kekal pada kedudukan kelapan dengan 18 mata setelah mengharungi 13 perlawanan manakala Leeds United berada pada kedudukan ke-17 dengan meraih 12 mata daripada 13 perlawanan setakat ini.

Iklan

Sementara itu Potter menegaskan dia tidak bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh penyokong-penyokong Brighton khususnya berhubung cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada skuad berkenaan.

Katanya, penyokong-penyokong berkenaan perlu memahami terlebih dahulu mengenai situasi semasa pasukan dan beberapa perkara lain sebelum mengemukakan sebarang cadangan.

"Betul, mereka juga ada hak untuk menyuarakan pendapat, tetapi buat masa ini saya tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan.

"Mereka kena faham mengenai ‘saingan liga’ (EPL),pasukan yang kita temui dan apa yang telah kita lakukan.

"Kita kini berada pada kedudukan kelapan EPL dan mungkin mereka (penyokong) perlu tahu lebih banyak mengenai sejarah kelab ini,” katanya.