Desa Ukiran Kayu

Iklan

Pengunjung melawat galeri Desa Ukiran Kayu yang mempamerkan pelbagai ukiran kayu sempena pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Industri Kayu Negara (2021-2030) di Kampung Raja hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

Iklan
Iklan

Pelan tersebut dirangka untuk mencapai matlamat unggul iaitu ke arah memartabatkan industri ukiran kayu negara, hasil kerjasama pelbagai agensi-agensi Kerajaan, usahawan industri perkayuan dan Persatuan Penggiat Seni Ukir Kayu Malaysia (PENGUKIR).

Enam teras strategik pelan ini ialah pengukuhan kerjasama, promosi dan pemasaran, pembangunan modal insan, polisi dan insentif, penyelidikan, pembangunan dan pensijilan serta aplikasi teknologi baharu. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan