PENYANDANG juara Manchester City terus memberikan tekanan kepada pendahulu Chelsea, selepas mengatasi West Ham United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.
Kemenangan kesembilan selepas mengharungi 13 perlawanan ini menyaksikan anak buah Pep Guardiola mengumpul 29 mata lebih satu perlawanan mengatasi The Blues yang turun menentang Manchester United di Stadium Stamford Bridge malam ini.
Ilkay Gundogan terlebih dulu meletakkan The Citizens depan menerusi jaringan pada minit ke-33 bagi mendahului separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan, namun kekentalan pertahanan The Hammers kendalian David Moyes menggagalkan deretan percubaan The Citizens.
Gol dicari tuan rumah akhirnya muncul pada minit hasil jaringan pemain gantian Fernandinho pada minit ke-90, sebelum Manuel Lanzini mengurangkan defisit untuk pelawat dengan gol minit ke-94.
KEPUTUSAN
Manchester City 2-1 West Ham United
Leicester City 4-2 Watford
Brentford 1-0 Everton