Covid-19: Afrika Selatan jangka gelombang ke-4 akibat Omicron

Iklan
Pelancong melihat maklumat pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Cape Town kerana sekatan ke atas penerbangan antarabangsa berkuat kuasa, Cape Town, Afrika Selatan. - Foto EPA

PRETORIA - Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa memaklumkan bahawa negaranya menjangkakan gelombang keempat jangkitan Covid-19 susulan varian baharu Omicron.

Ini susulan purata kes sepanjang minggu meningkat kepada 1,600 daripada 500 kes pada minggu sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Para saintis kami di Afrika Selatan dan di dunia masih bekerja keras untuk menentukan. Dalam beberapa hari dan minggu akan datang, apabila lebih banyak data tersedia, kita akan mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang; pertama, sama ada Omicron mudah menjangkiti; dua, sama ada ia meningkatkan risiko jangkitan semula.

"Dan tiga, sama ada varian ini menyebabkan penyakit yang lebih teruk, dan empat, sejauh manakah keberkesanan vaksin semasa terhadap varian Omicron ini," katanya.

Iklan

Dalam ucapan di televisyen, Ramaphosa berkata saintis negara itu telah menentukan bahawa kebanyakan peningkatan kes jangkitan adalah disebabkan oleh varian Omicron, dan bukannya jenis varian yang sedang menular.

Omicron telah dikenal pasti pada awal minggu ini oleh penyelidik di Afrika Selatan, dan telah mencetuskan amaran global baharu. - Awani

Iklan