Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)

Iklan
Pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat, Lu Wen Yi menunggu giliran untuk menaiki bas ketika tinjauan sempena Pembukaan VTL Darat di Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral hari ini.

Seramai lima orang pengembara VTL Darat menaiki bas pertama ke Queen Street Singapura pada 7.30 pagi tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, dijangka merasmikan pembukaan sempadan VTL Darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua pagi ini.

VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui Malaysia dan Singapura dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang, tanpa menjalani kuarantin. - Foto Bernama