PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan pencapaian Manchester City berjaya menyamai rekod tanpa kalah 28 perlawanan seperti yang dilakukan musim lalu sebagai satu fantasi.
City berjaya menyamai rekod tersebut selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas West Ham di Stadium Etihad pada Ahad.
Pada perlawanan tersebut, Ilkay Gündogan dan Fernandinho berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring dengan Manuel Lanzini berjaya mendapatkan gol saguhati pada masa tambahan untuk pelawat.
"Apa yang kita lakukan pada masa lalu adalah masa lalu. Kami perlu meraikannya sekarang dan kemudian akan pergi ke Birmingham untuk bermain Aston Villa pada Rabu.
"Selebihnya adalah fantasi, untuk membuat pemikiran yang salah dalam fikiran anda menimbulkan masalah dalam pasukan.”katanya.
Kemenangan tersebut meletakkan City di tangga kedua dengan mengutip 29 mata satu mata di belakang pendahulu liga Chelsea.
Dalam pada itu, Pep memuji kakitangan kelab yang bekerja keras untuk membersihkan padang daripada salji lebat ketika perlawanan sedang berlangsung.
"Saya fikir staf yang menjaga padang, adalah pemain terbaik perlawanan.Mereka melakukan kerja yang luar biasa untuk memastikan kami bermain permainan hari ini.