Memo pusat internet tutup ditulis tanpa pengetahuan Celcom

Iklan

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Berhad (Celcom) hari ini menjelaskan bahawa apa-apa perkara yang timbul daripada memo mengenai penutupan pusat internet adalah tidak benar kerana ditulis tanpa pengetahuan atau kebenaran syarikat telekomunikasi berkenaan.

Menurut Celcom dalam satu kenyataan hari ini, syarikat telekomunikasi itu akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan.

Iklan
Iklan

"Celcom tegas dalam komitmen untuk menyokong aspirasi kerajaan dalam melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NCFP) dan menyokong pusat internet di seluruh negara," katanya dalam kenyataan itu.

Pada Ahad, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan Nusuara Technologies Sdn Bhd yang memberi gambaran bahawa pusat internet di seluruh negara akan ditutup.

Iklan

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya, menegaskan dakwaan yang dibuat oleh pengendali utama pusat Internet naungan Celcom itu adalah satu tindakan yang cuai. Menurut Celcom, syarikat telah menjadi penyumbang utama pembangunan infrastruktur telekomunikasi negara selama 31 tahun dan akan terus bekerjasama dengan inisiatif digital kerajaan untuk negara.

"Celcom menekankan komitmen berterusan dalam memberikan peluang yang sama kepada perkhidmatan digital untuk komuniti yang kurang mendapat perhatian terutamanya melalui pusat internet, sejajar dengan aspirasi SKMM,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Celcom kini mengendalikan 175 pusat internet di seluruh negara dengan tumpuan kepada komuniti di kawasan luar bandar dan miskin bandar yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kursus dan latihan ICT serta edagang. -Bernama