MBSA tembak 1,453 burung gagak

Iklan
Penembak melakukan operasi menembak burung gagak sekitar kawasan pentadbiran MBSA pada Ahad.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menembak sebanyak 1,453 ekor burung gagak dalam satu operasi di sekitar kawasan pentadbirannya pada Ahad.

Operasi bermula jam 6.30 pagi dan berakhir jam 9 pagi itu membabitkan seramai 10 penembak.

Iklan
Iklan

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, operasi itu diadakan bagi mengurangkan populasi gagak yang boleh menyebabkan kacau ganggu awam.

"Operasi ini merupakan inisiatif pihak MBSA untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak di kawasan pentadbiran MBSA.

Iklan

"Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah serta kawasan pembuangan sampah untuk mencari punca makanan menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu serta menimbulkan rungutan kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shahrin berkata, lokasi yang terlibat dalam operasi menembak gagak itu di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Iklan

Justeru, katanya, orang ramai juga diharap dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan terutamanya dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah untuk mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah.

"MBSA mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya polis yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi ini dijalankan," ujarnya.