Kejutan isteri untuk suami ceriakan suasana Larkin Sentral

Iklan
Mushaibah memeluk suaminya, Muhammad Wafi yang pulang ke Johor menerusi VTL Darat diTerminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Suasana di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral di sini bertukar ceria apabila seorang wanita membawa belon berbentuk hati bagi menyambut suami yang pulang menerusi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Darat) pada Isnin.

Mushaibah Fauzi, 32, berkata, suaminya Muhammad Wafi Akashah, 32, bekerja di Singapura sebagai jurutera terpisah dengan keluarga yang tinggal di Nong Chik di sini sejak hampir setahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia cukup teruja dan sebak dapat bertemu dengan suami dan membuat kejutan menyambut ulang tahun kelahirannya suaminya yang ke-32.

"Suami beritahu dia akan pulang ke Johor Bahru hari ini sejak minggu lalu. Selepas VTL-Darat diumumkan dia terus memohon untuk membeli tiket bas.

Iklan

"Suami turut meminta agar disediakan makanan kegemarannya iaitu laksam yang saya masak sendiri. Kepulangan suami juga tidak diketahui oleh tiga anak kami. Suami merancang untuk membuat kejutan buat mereka apabila pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Larkin Sentral pada Isnin.

Pasangan suami isteri yang berasal dari Alor Setar dan Jitra, Kedah itu turut bercadang untuk bercuti bersama tiga anaknya yang berusia lima hingga tujuh tahun ke Desaru.

Iklan

Katanya, percutian itu bagi menghabiskan masa bersama setelah suaminya terlepas untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga serta tidak berkesempatan meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak.

"Memandangkan suami hanya bercuti dua minggu sahaja, kami merancang untuk pergi bercuti dan memanfaatkan masa berkualiti bersama keluarga," katanya.