Kemboja terima kumpulan pertama pelarian Afghanistan

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Reuters

MOSCOW - Kemboja menyediakan penginapan sementara kepada 15 pelarian dari Afghanistan di bawah perjanjian dengan Asia Foundation, lapor Sputnik memetik akhbar Kemboja Khmer Times pada Isnin.

Kumpulan itu adalah yang pertama daripada 300 pelarian yang dilindungi di bawah perjanjian tersebut dan mereka tiba awal bulan ini dan akan menetap di Kemboja sehingga menerima suaka daripada negara pihak ketiga. Semua pelarian terdiri pekerja Yayasan Asia di Afghanistan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kumpulan kerja 13 anggota yang ditubuhkan Perdana Menteri Hun Sen akan mengatur penginapan untuk pelarian tersebut. - Bernama

Iklan
Iklan