RUU Perbekalan 2022 KeTSA diluluskan

Iklan
Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menerusi undian suara majoriti.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggulung perbahasan bagi mewakili kementeriannya.

Secara keseluruhan, seramai 18 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian tersebut.

Iklan
Iklan