Pedri menang anugerah Kopa, Donnarumma penjaga gol terbaik

Iklan
Pedri dan Donnarumma bergambar bersama trofi yang dimenangi pada majlis Anugerah Ballon d'Or.

PEMAIN tengah Barcelona dan Sepanyol, Pedri memenangi Trofi Kopa untuk pemain terbaik bawah 21 tahun pada Anugerah Ballon d'Or.

Pedri, yang menikmati musim yang baik bersama Barcelona sebelum membawa Sepanyol ke separuh akhir Euro 2020 turut disenaraikan dalam senarai pendek 30 pemain untuk Ballon d'Or dan menduduki tempat ke-24 dalam kedudukan keseluruhan.

Iklan
Iklan

"Cara terbaik untuk meraikan usia 19 tahun ialah menerima anugerah ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Barcelona kerana membantu saya merangkul anugerah ini," katanya.

Iklan

Pada anugerah tersebut, Pedri mengatasi pemain England, Jude Bellingham yang menduduki tempat kedua manakala Jamal Musiala dari Bayern Munich di tempat ketiga.

Pertahanan kiri Paris Saint-Germain (PSG), Nuno Mendes berada di kedudukan keempat diikuti Mason Greenwood di tempat kelima manakala

Iklan

pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka keenam.

Bagi kategori penjaga gol terbaik, Trofi Yashin dimenangi penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma mengatasi pencabar terdekat, Edouard Mendy

Donnarumma mengungguli anugerah tersebut selepas persembahan cemerlangnya ketika membantu Itali menjuarai Euro 2020.

"Ia adalah musim yang luar biasa bagi saya, bermula dari kembali ke Liga Juara-Juara bersama Milan dan kejuaraan Eropah.

"Kami memberikan kegembiraan kepada semua warga Itali dan kepada diri kami sendiri selepas memenangi Euro 2020.

"Saya masih tak percaya mampu memenangi anugerah ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang karier saya," kata Donnarumma selepas menerima anugerah itu.

Pemain 22 tahun itu meninggalkan AC Milan secara percuma dan menyertai PSG.

Bintang Liverpool dan Brazil, Alisson adalah pemenang pertama anugerah berkenaan pada tahun 2019, yang dinamakan sempena ikon Russia, Lev Yashin.