Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge tampil kelainan

Iklan
Barisan penaja Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019.

ACARA sukan ekstrem anjuran Menara Kuala Lumpur kembali bagi edisi ke-19 pada 21 April ini.

Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019 memberi peluang kepada peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental serta mencabar diri mereka untuk menawan puncak Menara Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Datuk Rozlan Mohamed berkata, istimewa pada tahun ini, acara akan bermula di kawasan parkir bas yang berjarak sekitar 200 meter dari lobi.

"Tempat perlepasan tersebut berubah dari tempat letak kereta terbuka di bawah Menara Kuala Lumpur (kira-kira jarak 800 meter dari lobi) ke kawasan parkir bas untuk memberi peserta lebih fokus.

Iklan

"Oleh itu, peserta akan menghabiskan lebih banyak tenaga untuk memanjat 2,058 anak tangga sehingga ke aras 288 meter di TH03," katanya pada sidang media Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019, di Menara Kuala Lumpur, di sini.

Hadir sama, Pengurus, Turkish Airlines Inc Malaysia, Muhammed Hamza Arslan.

Iklan

Rozlan berkata, peserta elit dan profesional akan dilepaskan terlebih dahulu untuk merebut trofi juara sebelum Kategori Lelaki Terbuka.

Katanya, 100 peserta dengan catatan masa terbaik akan memenangi t-shirt ‘Finisher’ istimewa.

Barisan penaja Turkish Airlines KL Tower Towerthon Challenge 2019.

"Tahun ini, acara dibuka terhad kepada 4,000 peserta sahaja dan ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan peserta luar negara," katanya.

Menurutnya, enam kategori bakal dipertandingkan kali ini seperti, Lelaki Terbuka (18 hingga 40 tahun), Lelaki Veteran (41 tahun ke atas), Wanita Terbuka (18 hingga 40 tahun), Wanita Veteran (41 tahun ke atas), Lelaki Junior (13 hingga 17 tahun) dan Perempuan Junior (13 hingga 17 tahun).

Rozlan berkata, yuran penyertaan bagi peserta dewasa ialah RM90, pelajar RM50 dan peserta dari luar negara dikenakan RM130.

Beliau berkata, peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM44,600.

Pada tahun ini, sebuah syarikat penerbangan terbesar di dunia iaitu Turkish Airlines adalah merupakan rakan acara utama bagi ‘KL Tower International Towerthon Challenge 2019’.

Peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, berupa dua tiket penerbangan pergi balik ke Istanbul untuk dua orang.