Pendaki Gunung Kinabalu jatuh ketika aktiviti paragliding

Iklan
Pasukan penyelamat membawa turun kedua-dua mangsa turun dari Gunung Kinabalu dalam kejadian pada Selasa.

RANAU - Dua lelaki cedera selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti paragliding di Gunung Kinabalu di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, kedua-dua mangsa yang juga pendaki Gunung Kinabalu ditemui di kilometer 7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri.

Iklan
Iklan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.30 pagi.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian.

Iklan

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut namun masih mampu untuk bergerak sendiri turun ke kaki gunung.

"Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami kecederaan retak tempurung lutut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, rawatan awal terhadap kedua-dua mangsa segera dilakukan oleh pasukan penyelamat.

"Pasukan penyelamat mencuci luka mangsa pertama, manakala mangsa kedua diberi balutan anduh sebelum diangkat menggunakan stretcher untuk turun ke kaki gunung," katanya.