Kanak-kanak 'Mowgli' ditinggal ibu dalam rumah kotor

Iklan
Seorang kanak-kanak 'Mowgli' ditemui dalam sebuah rumah kotor yang dipenuhi lipas.

MOSCOW - RUSIA. Polis Rusia menyelamatkan seorang kanak-kanak 'Mowgli' yang tidak boleh bercakap dalam sebuah rumah yang dipenuhi sampah dan lipas.

Tangisan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang diberi nama Lyubov (cinta) itu menarik perhatian jiran yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Keadaan rumah yang terlampau kotor dan busuk menyebabkan anggota polis terpaksa memakai sut perlindungan sebelum memasuki apartmen tersebut dan menyelamatkan Lyubov yang berada dalam keadaan tidak terurus dan kelaparan.

Lyubov dipercayai telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya bernama Irina Garashchenko, 47,untuk satu tempoh yang agak lama.

Iklan

Polis berkata, Lyubov tidak boleh bercakap dan hanya mampu membuat bunyi, selain itu dia juga menunjukkan tanda-tanda anoreksia.

Menurut cerita jiran, lima tahun lalu, Garashchenko membawa pulang seorang bayi perempuan namun kemudian berkata bayi berkenaan telah dibawa pergi oleh neneknya, sementara suaminya dihantar pulang ke Ukraine.

Iklan

Hakikatnya, bayi tersebut masih berada dalam rumah dan berkemungkinan tidak pernah melihat dunia luar sejak kecil.

Ibu Lyubov kini telah ditahan pihak berkuasa dan dituduh cuba membunuh anak kandungnya.- Dailymail