KUALA LUMPUR - Jangkitan varian Covid-19 baharu B.1.1.529 yang kini dinamakan Omicron mungkin lebih mudah menular berbanding varian Delta, namun setakat ini belum dipastikan sejauh mana ‘ganasnya’ (virulent) virus itu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Apa yang boleh kita lakukan setakat ini adalah meningkatkan intervensi kesihatan awam (pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, jaga kebersihan), menambah baik pengaliran udara, jaga kesihatan tubuh badan dan ambil dos penggalak vaksin apabila ditawarkan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau pada Selasa.