GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pulau Pinang berharap kerajaan negeri mengelakkan politik remeh dalam mendepani pandemik Covid-19 dan mencadangkan agar peruntukan yang sama rata diberikan kepada semua ADUN tanpa mengira parti.
Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bersatu-Bertam) berkata, peruntukan sama rata itu sangat perlu menyedari kesukaran dihadapi rakyat pada masa ini.