Jangkitan di hospital punca kematian 11 bayi di Tunisia

Iklan
Kematian 11 bayi di sebuah hospital bersalin di Tunis menggemparkan negara itu. - AFP

TUNIS - TUNISIA . Pemangku menteri kesihatan Tunisia berkata, kematian misteri 11 bayi yang menggemparkan negara itu dipercayai berpunca daripada jangkitan dari sebuah hospital.

Sonia Ben Cheikh berkata, bayi ke-12 meninggal dunia di sebuah hospital di negeri Rabta, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Menurut siasatan awal yang dijalankan, jangkitan 'nosocomial' (diperolehi dari hospital) telah menyebabkan kesemua kematian terbabit.

"Keseluruhan sektor kesihatan kini berada dalam keadaan 'darurat' ," kata Ben Cheikh sambil menambah perubahan kini diperlukan demi mengembalikan kepercayaan orang ramai.

Iklan

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan Tunisia bertindak meletak jawatan susulan kemarahan rakyat berhubung kes kematian tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Youssef Chahed, berikrar akan membawa pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang kecuaian ke muka pengadilan.

Iklan

Terdahulu, pihak berkuasa melancarkan siasatan perubatan dan perundangan susulan kematian bayi pramatang di hospital negeri Rabta pada Khamis lalu.- AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Kesihatan Tunisia letak jawatan susulan kematian 11 bayi