SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat masih gagal menyelesaikan krisis kenaikan harga barang dengan sebarang langkah drastik.
Menurutnya, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sepatutnya boleh memainkan peranan penting ketika ini, namun masih tidak nampak 'bayang'.
Iklan
Iklan
"Saya nak tanya, mana perginya agensi kerajaan Persekutuan yang sepatutnya melibatkan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan sebagainya untuk turun ke bawah kurangkan beban, bawa produk dari ladang supaya petani dapat harga lebih baik dan dapat kurangkan harga barang kepada pengguna.
"Kerajaan perlu ambil tindakan segera kerana harga sayur, ikan, ayam, semuanya naik menggila ketika ini. Saya telah bangkitkan perkara ini di Parlimen sebagai krisis nasional dan beri beban kepada rakyat," katanya ketika melakukan tinjauan di gerai jualan sayur anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Shah Alam pada Selasa.
Anwar berkata, inisiatif kerajaan Selangor menerusi PKPS yang menawarkan harga barangan lebih murah wajar dicontohi.
"Sebenarnya saya datang kerana saya ikuti perkembangan di sini dan saya rasa patut beri sokongan kerana ini contoh yang membanggakan oleh kerajaan Selangor. Saya harap kerajaan negeri lain dan kerajaan persekutuan ambil tindakan segera," katanya.
Artikel Berkaitan