Manfaatkan fertigasi di ruang kosong hotel, bangunan

Iklan
Norhizam (tengah) merasmikan Roof Top Garden di Hotel DoubleTree by Hilton, Banda Hilir di sini, semalam.

MELAKA TENGAH - Setiap bangunan persendirian dan hotel digalak memanfaatkan ruang kosong menerusi tanaman fertigasi di premis masing-masing bertepatan dengan tagline Melaka Pintar, Hijau dan Bersih.

Exco Pertanian Pembangunan Usahawan, Industri Asas Tani dan Koperasi negeri, Norhizam Hassan Baktee berkata, dengan kaedah itu ia boleh diusahakan di kawasan ataupun ruang terhad menerusi aplikasi Internet of Things (IOT).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelaksanaan tanaman berkenaan, memberikan hasil konsisten dan boleh menggunakan sendiri hasil tani seterusnya menjimatkan kos.

"Kerajaan negeri sentiasa menyaran dan galak mana-mana hotel dan bangunan berminat untuk memulakan tanaman fertigasi, malah kita bersedia memberikan bantuan dari segi teknikal,” katanya selepas merasmikan Roof Top Garden di Hotel DoubleTree by Hilton, Banda Hilir.

Iklan

Norhizam yang juga ADUN Pengkalan Batu berkata, inisiatif Hotel DoubleTree by Hilton ini perlu dicontohi dan sesuai dengan statusnya sebagai hotel lima bintang.

Tambahnya, ia mampu menjadi perintis kepada pihak lain bagi membolehkan mereka memanfaatkan ruang daripada dibiarkan kosong.

Iklan