Bekas pemain ragbi kebangsaan meninggal dunia akibat denggi

Iklan
Helbert Jemlit

BEKAS pemain ragbi kebangsaan, Helbert Jemlit meninggal dunia akibat denggi di Kuala Sapi, Beluran pada Selasa.

Menurut Pengurus Besar Sandakan Eagles Rugby Club, Raimi Yusof, mendiang 33 tahun merupakan seorang pengurus estet meninggalkan seorang isteri, Verolianni Maital, 29, dan tiga anak Harrel Hans Helbarth, 3 tahun 11 bulan, Hoseanna Holly Helbarth, 2 tahun 8 bulan dan Harold Hayder, 5 bulan.

Iklan
Iklan

Jelas Raimi, mendiang juga merupakan bekas pemain ragbi Sabah dan Kelab Ragbi Sandakan Eagles mula mewakili negara dari 2009 hingga 2013.

Katanya, mendiang pernah beraksi untuk skuad kebangsaan di Kejuaraan Asia Lima Negara pada 2009 yang menyaksikan skuad negara muncul juara yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Iklan
Iklan

"Pemergian mendiang Helbert Jemlit merupakan salah satu kehilangan besar tidak hanya buat negara tetapi juga komuniti ragbi di Sabah khasnya Sandakan Eagles," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.