Conte mahu Spurs kembali bangkit

Iklan
Pemain Spurs perlu menang berdepan Brentford. - Foto Photographs

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte mahu kesebelasan pemainnya memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri bagi mencatatkan kemenangan ketika berdepan Brentford pada Jumaat.

Katanya, skuad The Lilywhites perlu bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada skuad Liga Slovenia, NS Mura, 26 November lalu dengan memastikan kemenangan ke atas skuad The Bees itu.

Iklan
Iklan

"Kita gembira setelah menewaskan Leeds United namun kegembiraan kita kemudiannya bertukar menjadi duka apabila tewas kepada Mura dan ia memang tidak disangka-sangka.

"Daripada apa yang saya perhatikan, pemain dilihat gagal menyempurnakan banyak peluang di depan pintu gol lawan dan perkara itu perlu diperbaiki selepas ini.

Iklan

"Kini pemain perlu melakukannya (menang),dan memastikan kita terus menjadi pencabar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini,” katanya.

Pada aksi berdepan Mura yang juga pasukan tangga tercorot Kumpulan G, Tomi Horvart membuka jaringan buat tuan rumah pada minit ke-11 dan tuan rumah dilihat mulai mendominasi perlawanan setelah pemain sayap pemain Spurs, Ryan Sessegnon dilayangkan kad merah pada minit ke-31.

Iklan

Biarpun beraksi dengan 10 pemain, kesebelasan Tottenham dilihat masih mampu mengekang asakan-asakan Mura hingga akhirnya menyaksikan penyerang sensasi, Harry Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-72.

Bagaimanapun, akibat sedikit kelekaan pada masa kecederaan, pemain gantian Mura, Amadej Marosa menjaringkan gol kedua bagi memastikan kemenangan sulung tuan rumah bagi saingan peringkat kumpulan kali ini.

Conte - Foto The Telegraph

Sementara itu, Conte turut mengingatkan pemain-pemain Spurs untuk tidak lagi kehilangan fokus hingga melakukan kesilapan mudah di penghujung perlawanan.

Katanya, sejak kebelakangan ini, pemain skuad The Lilywhites itu dilihat mudah hilang fokus hingga menyebabkan pasukan berkenaan kehilangan mata berharga.

"Pemain kita sering hilang fokus dan kali ini saya mahu mereka kekal fokus sehingga tamat perlawanan dan memastikan kemenangan,” katanya.