Status kehamilan Neelofa akhirnya terjawab

Iklan
Neelofa yang memakai jubah dipimpin Muhammad Haris kelihatan berhati-hati ketika berjalan dan perutnya yang kelihatan menonjol jelas kelihatan.

SEREMBAN - Tanda tanya mengenai status kehamilan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa akhirnya terjawab apabila peguam bela mewakilinya bagi pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengesahkannya di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Rabu.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dipercayai tidak sengaja memberitahu pemberita berhubung perkara itu ketika mahu menjelaskan keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan pertuduhan disabitkan terhadap Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris atau PU Riz.

Iklan
Iklan

Muhammad Shafee berkata, dengan keadaan Neelofa yang sedang mengandung tidak sesuai untuk kes itu terus dijalankan kerana ia akan mengambil masa panjang.

"Dengan keadaan Neelofa yang sedang hamil, tidak sesuai untuk kita menjalankan kes ini dan sebaiknya kita ambil jalan paling mudah," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Seremban di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Langgar SOP PKPB: Neelofa, suami lepas tanpa bebas

Polis panggil Neelofa, suami isu rentas negeri ke kedai karpet di Nilai 3

'Tiada isu rentas negeri Neelofa, suami dibangkitkan' - Peguam

Neelofa dipimpin Muhammad Haris.

Iklan

Selebriti itu dan suaminya sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9.40 pagi dengan berpakaian sedondon berwarna biru.

Neelofa yang memakai jubah dipimpin Muhammad Haris kelihatan berhati-hati ketika berjalan dan perutnya yang kelihatan menonjol jelas kelihatan.

Iklan

Selebriti itu yang dikatakan sedang berbadan dua sehingga kini mengambil pendekatan untuk 'mengunci mulut' berhubung spekulasi yang mengatakan dirinya hamil.

Malah, media sebelum ini turut melaporkan yang Neelofa menyifatkan perkongsian berita kelahiran cahaya mata adalah lebih baik dihebahkan berbanding cerita kehamilan.

Neelofa dan Muhammad Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.