Pekida Kelantan nafi bekerjasama dengan ah long

Iklan
Mudzahar

KOTA BHARU - Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Kelantan menafikan mereka terlibat dalam kegiatan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long di sekitar negeri ini.

Setiausahanya, Mudzahar Makhtar berkata, pihaknya tidak pernah terlibat atau bekerjasama dengan mana-mana pihak bertujuan untuk mengutip hutang dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Saya mewakili Pekida Kelantan menafikan sekeras-kerasnya ada di antara kami yang terlibat dalam kegiatan kutipan wang ah long ini.

"Kami terkejut dengan berita ini dan ia merosakkan nama baik Pekida sebagai sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan rakyat, agama dan bangsa kita," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan 'ayahanda' didakwa di antara mereka yang membantu pergerakan ah long untuk mengutip hutang di beberapa kawasan di negeri Kelantan.

Mengulas lanjut, Mudzahar berkata, dakwaan berkenaan memberi gambaran negatif kepada pertubuhan berkenaan yang juga mengguna pakai nama 'ayahanda' dalam kalangan mereka.

Iklan

Katanya, pihaknya bersedia bersemuka dengan mana-mana pihak yang mendakwa mereka mendalangi kegiatan tersebut.

"Kami tidak pasti, mungkin ada di antara individu yang menggunakan nama Pekida kononnya untuk menakut-nakutkan masyarakat.

"Apa yang penting, penafian ini dilakukan kami sendiri supaya orang ramai tidak tertipu lagi selepas ini. Jangan mudah terpedaya, kami tidak pernah terlibat dengan kegiatan seperti itu. Mohon maklumkan kepada kami jika ada yang tidak kena," katanya.