Omicron: Kemasukan pelajar antarabangsa, pekerja asing ditangguh

Iklan
Khairy Jamaluddin.- Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kerajaan akan menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara-negara yang disenarai berisiko jangkitan varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, terdapat 18 buah negara sudah melaporkan pengesanan 'Variant of Concern' (VOC) Omicron setakat 30 November.

Iklan
Iklan

"Omicron disyaki berkembang semasa jangkitan kronik dalam individu mempunyai sistem imun rendah dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyediakan senarai negara diiktiraf berisiko tinggi jangkitan varian tersebut secara harian untuk edaran agensi berkaitan," katanya.

Khairy Jamaluddin berkata demikian semasa sidang media perkembangan semasa varian Omicron dan Covid-19 di negara ini.

Iklan

AKAN MENYUSUL

Iklan