DPIM kekal diterajui Mohammad Sahar

Iklan
Mohammad Sahar kekal menerajui kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia bagi tahun 2021-2024

SHAH ALAM - Kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) bagi tahun 2021-2024 kekal diterajui Mohammad Sahar Mat Din sebagai Presiden.

Setiausaha Agung DPIM, Datuk Khairul ShahrIl Hamzah berkata, sebanyak empat jawatan menang tanpa bertanding dan lapan jawatan telah diisi oleh kepimpinan yang baharu.

Iklan
Iklan

"Jawatan yang tidak dipertandingkan adalah jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, presiden dan naib presiden.

"Diharapkan dengan barisan kepimpinan Dewan Perdagangan Islam Malaysia yang dilantik bagi penggal ini dapat meneruskan misi dan visi ke arah yang lebih baik dan cemerlang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Selain Mohammad Sahar, kepimpinan baharu itu menyaksikan Abdul Mohsein Mohd Shariff sebagai Timbalan Presiden DPIM, Salihin Abang (Naib Presiden DPIM 1), Karimah Koh Siow Kien (Naib Presiden DPIM 2) dan Najmuddin Sharif Sarimon (Naib Presiden DPIM 3).

Jawatan Pengerusi Tetap DPIM pula disandang Datuk Romli Ishak dan Suardi Sawai Canon sebagai timbalannya.

Iklan

Dalam pada itu, Khairul Shahril menambah, Mesyuarat Agung Tahunan DPIM ke-28 itu telah diadakan di Bangi Convention Center, Bandar Baru Bangi pada Isnin.

"Seramai 83 orang perwakilan dan pemerhati dari DPIM negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah hadir dalam mesyuarat tersebut.

"Agenda yang dibincangkan adalah seperti yang termaktub dalam perlembagaan DPIM dan telah berlangsung bersama Mesyuarat Agung Luar Biasa bagi membincangkan pemindaan perlembagaan," katanya.