Perhilitan Perak selamatkan kucing batu cedera

Iklan
Seekor kucing batu yang cedera ditemukan penduduk terbaring di bawah pokok.

PASIR SALAK - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menyelamatkan seekor kucing batu yang ditemukan cedera di Kampung Pulau Gajah, Kampung Gajah di sini pada Rabu.

Kehadiran haiwan liar atau nama saintifiknya Prionailurus Bengalensis itu disedari oleh penduduk kira-kira jam 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Wanita warga emas berusia 67 tahun menyangka kehadiran kucing batu itu adalah anak harimau akar dan terus membuat aduan kepada pihak berhampiran.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kucing jantan dianggarkan berusia lapan tahun itu mengalami patah kaki kanan dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

Iklan

"Kucing berkenaan yang ditemui di bawah pokok milik penduduk dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai untuk dirawat," katanya ketika dihubungi di sini.

Kucing batu yang diselamatkan Perhilitan Perak dibawa mendapatkan rawatan di NWRC Sungkai.

Menurutnya, kucing batu adalah spesies hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Iklan

"Spesies ini jarang menimbulkan konflik kerana sifatnya yang akan mengelak bertembung dengan manusia.

"Berdasarkan rekod, lima tahun tiada kes aduan konflik berkaitan spesies ini diterima," katanya.

Sehubungan itu, Yusoff menasihatkan orang ramai yang menemui hidupan liar yang cedera atau mati perlu memaklumkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.