Hujan berterusan dijangka landa Terengganu, Kelantan

Iklan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Rabu mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada atau kuning dengan hujan berterusan dijangka melanda Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan selama dua hari bermula esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Iklan
Iklan

Angin bertiup dari arah timur laut berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di lokasi yang terlibat, menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan