Dewan Rakyat lulus peruntukan MOT dalam Bajet 2022 Peringkat Jawatankuasa

Iklan
Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Dewan pada Rabu meluluskan peruntukan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) sebanyak RM1.5 bilion.

RUU peringkat jawatankuasa itu diluluskan menerusi undian suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggulung perbahasan mewakili kementeriannya.

Secara keseluruhan seramai 22 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan membabitkan kementerian itu.

Iklan
Iklan