Ramli angkat sumpah MP Cameron Highlands

Iklan
Ramli Mohd Nor menandatangani akuan sumpah sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang merupakan Orang Asli pertama yang dipilih sebagai Anggota Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof.

Iklan
Iklan

Pada 26 Januari lepas, Ramli, 61 memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) M.

Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi). - Bernama

Iklan
Iklan