UAE kesan kes pertama Omicron

Iklan
Emiriah Arab Bersatu mencatatkan satu kes Omicron yang menjangkiti seorang warga Afrika setelah dia tiba di negara itu. - Foto AFP

RIYADH - Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan kes pertama varian Covid-19, Omicron, kata Kementerian Kesihatan dan Pencegahan negara itu pada Rabu.

Menurut kementerian tersebut, satu kes Omicron dikesan terhadap seorang wanita Afrika yang tiba di UAE dari sebuah negara di benua tersebut.

Iklan
Iklan

Sebelum tiba di UAE, dia melalui sebuah negara Arab dan telah menerima dua dos suntikan Covid-19.

Wanita itu kini menjalani pengasingan diri dan dia tidak menunjukkan sebarang simptom-simptom dijangkiti varian tersebut serta keadaan dirinya sedang dipantau, kata kementerian berkenaan.

Iklan

Pengumuman kes itu dibuat selepas Arab Saudi melaporkan tentang penemuan varian tersebut di negaranya.

Varian itu pertama kali diumumkan oleh Afrika Selatan baru-baru ini tetapi ia didapati telah wujud lebih awal lagi di Eropah. - Agensi

Iklan