71 pelajar, dua guru Sekolah Seri Puteri positif Covid-19

Iklan
Khairy Jamaluddin.- Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR- Seramai 71 pelajar dan dua orang guru di Sekolah Seri Puteri (SSP) di Cyberjaya dikesan positif Covid-19.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ujian saringan telah dijalankan terhadap 451 individu termasuk pelajar, guru dan petugas sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kesemua pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.

"Mereka berada dalam kategori 1 dan 2A serta berada dalam keadaan stabil.

Iklan

"Manakala 242 individu yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin di asrama SSP," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, KKM akan terus memantau kesihatan pesakit dan memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat.

Iklan

Pada Rabu, Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SSP dikesan positif Covid-19 selepas seorang guru disahkan dijangkiti virus itu. - Awani