Kelayakan pengundi 18 tahun tidak dilaksana pada PRN Sarawak

Iklan
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA- Kelayakan umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik tidak akan dilaksanakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun kerajaan telah mewartakan arahan tersebut, PRN Sarawak kali ini hanya melibatkan daftar pemilih yang dikemas kini sehingga 2 November.

Iklan
Iklan

"Keputusan ini berdasarkan proses undang-undang termasuk keputusan yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Ia bukan untuk menafikan atau mengetepikan hak serta hasrat belia yang berumur 18 tahun ke atas untuk mengundi," katanya.

Menurutnya, tiada desakan mana-mana pihak dalam isu tersebut berhubung keputusan berkenaan malah Sarawak sudah bersedia untuk menerima pengundi muda.

Iklan

"Saya berharap isu ini janganlah dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuatkuasa pada 15 Disember ini.

Iklan

Perkara itu dinyatakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember yang disiarkan Jabatan Peguam Negara yang turut menyatakan nama Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali.